FGV Tumpu Usaha Perluas Perniagaan Huluan

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tumpuan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam masa 100 hari akan datang adalah kepada usaha memperluaskan perniagaan huluannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sabri Ahmad berkata lebih 50 peratus daripada hasil bersih tawaran awam permulaan (IPO) yang berjumlah RM4.1 bilion, akan digunakan untuk pengambilalihan aset perladangan.

"Itu perkara utama. Kami akan memperluaskan estet perladangan kami, sama ada untuk ladang lama atau yang baharus," kata beliau kepada pemberita pada akhir lawatan media selama dua hari meninjau operasi Felda di Perak, Negeri Sembilan dan Johor, baru-baru ini.

Dalam prospektusnya, FGV berkata ia kini menilai untuk mengembangkan perladangan di Asia Tenggara dan Afrika pada kos agregat anggaran RM2.19 bilion.

Selain itu, Sabri berkata entiti yang baru disenaraikan itu akan meneliti 40 inisiatif yang telah dikenal pasti untuk memastikan semua dilaksanakan dengan cekap dan sistematik.

"Inisiatif ini adalah untuk membetulkan semua ketidakcekapan yang telah dikenalpasti. Ia akan diadakan bersama dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pemimpin pasukan. Pasukan saya akan memantau dan membetulkan hasilnya.

"Dalam masa 100 hari akan datang adalah penting untuk meletakkan (inisiatif) dengan sewajarnya," kata beliau.

Sabri berkata FGV mungkin mempertimbang untuk mengurangkan 149 ladangnya kepada 100 dengan mencantumkan yang kecil menjadi entiti yang lebih besar.

"Dengan mempunyai ladang yang lebih besar, kita dapat menggunakan pekerja dengan lebih baik, di samping mempunyai kawalan logistik yang lebih baik. "Kami telah melakukannya dan setakat ini 50 ladang menjadi 25," kata beliau. Beliau berkata FGV juga akan menimbang untuk mengurangkan 70 buah kilang minyak kepada 50.

"Kita mungkin menggabungkan untuk menjadikannya lebih besar, pada kadar pengeluaran 90 tan sejam. Kilang-kilang dengan kapasiti antara 25 tan hingga 40 tan sejam tidak begitu cekap dari segi ekonomi. "Semua ini telah dikaji dengan teliti untuk memastikan penggunaan optimum kapasiti pengilangan," katanya. Sabri berkata fokus untuk tempoh tiga bulan akan datang juga untuk membina bakat. "Kami akan membawa masuk orang baru dengan bakat dan yang boleh menyumbang kepada teknologi baru, inovasi dan kreativiti," kata beliau.

FGV menyasar untuk menjadi antara lima syarikat terbaik dunia dalam perniagaan komoditi berasaskan pertanian serta mengembangkan hasil dan keuntungannya lapan kali dalam tempoh lapan tahun.

Antara syarikat yang terbaik di dunia adalah ADM, Bunge Ltd, Cargill, dan Louis Dreyfus.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2011, FGV mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.372 bilion berasaskan hasil sebanyak RM7.474 bilion.

Menurut Sabri, FGV telah mula menanda aras dirinya dengan yang terbaik dalam kelas. Bagi hasil sehektar, beliau berkata sasaran FGV adalah untuk meningkat setiap tahun, satu tan sehektar, untuk mencapai 23 tan dalam masa tiga hingga empat tahun. "Itulah KPI yang diberikan kepada bahagian perladangan kami," kata beliau. Pada masa ini, hasil FGV adalah 19.8 tan sehektar setahun yang melebihi purata Malaysia.

"Terbaik dalam kelas mungkin 24 hingga 25 tan," katanya.

Bagi kadar perahan minyak (OER), Sabri berkata kadar FGV merupakan antara terbaik di negara ini.

"OER kami adalah 20.5 peratus. Sasaran kami ialah untuk meningkat satu peratus setiap tahun. Kita boleh mencapai kira-kira 23-24 peratus dalam tempoh tiga tahun," katanya. Sabri berkata satu peratus peningkatan OER akan membawa kepada tambahan RM80 juta dalam keuntungan.

"Bagaimana untuk kita mendapatkan tambahan RM80 juta? Kumpulkan lebih banyak buah-buah relai," katanya.

Felda Jengka 21 mencatatkan OER tertinggi sebanyak 24 peratus bagi enam bulan lepas, menjadikannya kadar tertinggi setakat ini di peringkat global. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan