3K Bukti BN Terus Tunai Janji Kepada Rakyat - PM - Berita Semasa | mStar

3K Bukti BN Terus Tunai Janji Kepada Rakyat - PM

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pendekatan 3K yang diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak 55 tahun adalah bukti kerajaan akan terus menunaikan janjinya kepada negara dan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, 3K yang dimaksudkan adalah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, pendekatan itu sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan 'Janji Ditepati'.

"Janji ditepati bukan hanya perkara sehari atau dua hari saja tetapi ia telah dilaksanakan BN sepanjang tempoh 55 tahun.

"Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata.

"Tiada keperluan mempolitikkannya tetapi untuk kami membantu rakyat," katanya ketika berucap pada jelajah BN di Bandar Baru Bangi.

Katanya, pendekatan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor di mana mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat.

"Mereka (pembangkang) membuat pelbagai janji sebelum pilihan raya 2008 untuk memenangi hati dan mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi mereka gagal menunaikannya," kata Najib.

Terdahulu, Najib bertemu dengan penduduk dan menikmati sarapan pagi di Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan