Shahrizat Bangkit Terajui Wanita Umno Selepas SPRM Bersih Nama

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata segala tohmahan pembangkang yang cuba mengaitkan dirinya dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd ternyata sia-sia apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan beliau tidak terlibat.

NFC adalah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara terhadap pengimportan daging.

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata tindakan untuk mengheret beliau ke dalam kontroversi tersebut juga hanyalah retorik pembangkang yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

"Saya juga bersyukur kerana masih diberi kepercayaan dan mendapat sokongan padu Wanita Umno yang nyata tidak terjejas dengan tuduhan yang dibuat oleh pembangkang. "Saya akan terus memperjuangkan parti selagi saya memegang jawatan ini sehingga tamat penggal," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita Umno Terengganu, yang dihadiri kira-kira 1,000 wakil dari seluruh daerah di sini, Sabtu.

"Sepanjang tempoh itu (dikaitkan dengan skandal NFC) ia merupakan detik yang perit, tetapi saya dapat buktikan yang saya masih lagi berdiri di sini (selaku Ketua Wanita) kerana sokongan yang diberikan oleh parti," katanya.

Shahrizat juga melihat isu yang dikaitkan dengan beliau itu dilakukan semata-mata untuk menutup masalah dalaman yang berlaku dalam pakatan pembangkang sendiri.

SPRM pada 31 Mei lepas mendapati Shahrizat tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada NFC, syarikat yang dimiliki suami dan anaknya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata ini bermakna Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.

Suaminya kini berdepan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta, dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Perbicaraan kes itu akan bermula 5 November ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan