Rizab Air Bersih Di Selangor, KL, Putrajaya Kritikal

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rizab bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya minggu ini berada dalam keadaan kritikal iaitu 1.06 peratus, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Syabas dalam kenyataan pada Jumaat berkata, pada minggu ini, purata permintaan bekalan air bersih berada pada tahap yang tinggi iaitu 4,324.79 JLH (Juta Liter Sehari).

Pengeluaran air bersih daripada loji rawatan air diuruskan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan Konsortium ABASS masih berada di tahap pengeluaran maksimum iaitu 4,371 JLH.

Kenyataan itu menyebut Syabas akan terus mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan bagi Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang untuk memantau situasi itu secara berterusan.

“Pengguna dinasihat mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang menghadapi cuaca panas kering ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan