Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Mampu Subur Integrasi Nasional - Speaker DUN Melaka

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan yang dianjur Jabatan Penerangan berupaya memupuk kesedaran dan menyuburkan semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama dalam kalangan generasi muda.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad berkata generasi muda sekarang mungkin tidak mengenal erti pejuangan kerana tidak melalui peristiwa pahit getir generasi dahulu menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

"Kita tidak mahu mereka dihanyutkan oleh segelintir pihak yang bersifat perkauman yang ingin memperalatkan mereka untuk mencapai tujuan tertentu," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan peringkat Melaka di sini, Sabtu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Zainudin Ismail.

Beliau berkata penganjuran pertandingan seumpama itu mampu mengenang rentetan sejarah dan perjuangan pemimpin utama negara dalam membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.

Pada pertandingan itu, kumpulan Lantera Cendekia yang diwakili Mohd Shafiq Aiman Mat Noor, Muhammad Thaqif Ahmad Thirmizir dan Nor Suria Romli, muncul juara melalui pengkisahan berjudul "Dialah Pemukul Rebana Kalbu".

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 beserta piala pusingan, sijil penyertaan dan cenderamata.

Naib johan dimenangi kumpulan Karma yang menerima RM1,500 sementara tiga kumpulan masing-masing menerima sagu hati sebanyak RM500.

Sementara itu, Zainudin berkata johan pertandingan itu akan mewakili Melaka ke pertandingan pengkisahan kenegaraan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perlis pada September ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan