Musim Haji Bukan Halangan Untuk Adakan Pilihan Raya

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Musim haji bukan halangan untuk Malaysia mengadakan pilihan raya umum, kata seorang ahli akademik.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata tiga daripada 12 pilihan raya umum di negara ini telah diadakan pada musim haji.

Komennya 'menjawab' tanggapan selama ini yang menyatakan pilihan raya tidak boleh diadakan pada musim haji kerana beribu-ribu jemaah haji akan berada di luar negara dan tidak dapat mengundi.

Di samping itu, musim haji tahun ini akan bermula pada pertengahan bulan September, tidak lama sebelum pembentangan Bajet 2013 pada 28 September, yang mana terdapat ramalan ia disusuli pilihan raya umum.

"Terdahulu sudah pernah berlaku, terutamanya pada masa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Jadi, ada kemungkinan pilihan raya diadakan semasa musim haji," kata Dr Shaharuddin.

Pilihan raya umum 1964 pada 25 April berlaku hanya dua hari selepas Hari Raya Aidiladha, manakala pilihan raya umum 1986 telah diadakan pada 3 Ogos, 13 hari sebelum Aidiladha.

Pada tahun 1995, pilihan raya umum telah diadakan pada 25 April, di mana Aidiladha jatuh pada 10 Mei.

Lembaga Tabung Haji berkata kumpulan jemaah dianggarkan seramai 27,900 orang pada tahun ini dan akan mula berlepas ke Arab Saudi pada 17 September.

Kemuncak musim haji ialah ketika Aidiladha yang dijangka jatuh pada 26 Oktober, dan kumpulan terakhir jemaah haji akan kembali ke Malaysia pada 29 November.

Namun ia masih menjadi teka-teki bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Datuk Nik Abdul Nik Mat Aziz, menggesa ahli-ahli mereka untuk menangguh menunaikan haji tahun ini kerana menjangkakan pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka yang telah dipilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini perlu berbuat demikian tanpa ragu-ragu kerana ia merupakan kewajipan agama.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan