Khaled Nordin Wakili PM Kunjungi Presiden Mesir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Sabtu berlepas ke Kaherah, Mesir untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir yang baharu dilantik Mohammed Morsi.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, berkata kunjungan beliau adalah sebagai Wakil Khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menyampaikan ucapan tahniah secara peribadi daripada kerajaan Malaysia atas pelantikan Morsi sebagai Presiden Mesir yang kelima.

Kunjungan hormat tersebut dijadual esok di Pejabat Presiden, kata kenyataan itu. Mohamed Khaled turut diiringi beberapa pegawai kanan kerajaan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan