Hutang Talam Hampir Selesai Apabila Proses Pemulihan Dibuat – Tony Pua

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kerugian Talam Corporation Bhd hampir selesai apabila proses pemulihan hutang dibuat oleh kerajaan Selangor.

Beliau berkata, Talam telah melupuskan aset bernilai RM676 juta bagi melunaskan hutang RM392 juta.

“Jika saya adalah Talam, saya begitu kecewa kerana di bawah pimpinan Barisan Nasional, saya tidak perlu membayar sesen pun kepada agensi-agensi negeri, tetapi di bawah Pakatan Rakyat, saya terpaksa melepaskan aset bernilai ratusan juta ringgi bagi menyelesaikan hutang saya,” katanya kepada pemberita.

Ketika merujuk kepada agensi-agensi kerajaan negeri yang masih belum menerima bayaran walaupun kerajaan Pakatan Rakyat sedang melangsaikan hutang, Pua berkata: “Ia adalah antara kerajaan Selangor dan anak syarikatnya, bukan antara kerajaan negeri dan Talam.”

Berdasarkan pelupusan tanah milik Talam iaitu Bestari Jaya pada RM42 juta, lebih tinggi daripada nilai pasaran seperti yang didedahkan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, Pua berkata, beliau akan membidas berhubung dakwaan pada hari berikutnya.

MCA yang diberi masa 24 jam untuk menarik balik dakwaan “tidak berasas”, Pua berkata, beliau akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada Sabtu ini bagi menolak segala dakwaan tersebut.

Chua telah mempersoalkan bagaimana usaha untuk melunaskan hutang RM392 juta menjadi perjanjian bernilai lebih RM1 bilion.

Perjanjian RM1 bilion itu termasuk aset Talam bernilai RM676 juta, dan geran RM392 juta yang diperoleh oleh kerajaan negeri untuk memudahkan proses penyelesaian hutang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan