Hukuman Berat Bukti SPRM Tidak Lindungi Sesiapa - Abu Kassim

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hukuman penjara 13 tahun dan denda lebih RM2 juta yang dijatuhkan ke atas seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membuktikan badan itu tidak melindungi sesiapa sahaja yang terpalit dengan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata kes itu yang disiasat pegawai SPRM dan pendakwaan oleh Bahagian Pendakwaan SPRM, turut membuktikan SPRM tidak 'memilih bulu' dalam membanteras gejala yang mampu meranapkan negara itu.

"Saya mahu semua orang jelas bahawa kami tidak bertoleransi dengan rasuah. Pegawai (SPRM) baik macam mana pun, jika terlibat dengan perkara yang menjejaskan integriti terutama rasuah, kami akan ambil tindakan.

"SPRM anggap kes ini amat serius. Saya harap ia dapat memberi kesan literal dan juga 'signal' kepada semua pegawai kerajaan termasuk SPRM supaya tidak terlibat dengan rasuah," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Terdahulu, beliau merasmikan perlawanan boling antara SPRM dan Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) Singapura sempena sukan tahunan persahabatan melibatkan dua agensi itu di Seri Kembangan, dekat sini.

Pada Jumaat, Penolong Penguasa SPRM, M.Mohan, 39, dihukum penjara 13 tahun dan denda RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas.

Abu Kassim berkata hukuman itu merupakan yang paling berat setakat ini dalam pelaksanaan Akta SPRM 2009 yang menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau menarik perhatian bahawa badan pencegah rasuah di tempat lain seperti Hong Kong dan Singapura mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang melakukan kesalahan. "Ini merupakan satu indikator mereka tidak melindungi mana-mana pegawai terlibat, sama seperti SPRM sendiri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan