SMSL Anjur Perhimpunan Anti Lynas 14 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas (Lynas) di Gebeng, Pahang.

Pengerusi (SMSL), Tan Bun Teet, berkata demonstrasi itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.

"Sudah tiba masanya kita memberitahu kerajaan bahawa isu Lynas bukan sahaja melibatkan kepentingan orang Kuantan malah masyarakat di tempat lain juga perlu tahu betapa bahayanya kesan radioaktif.

"Jadi dengan penganjuran demonstrasi secara bersepadu di seluruh negara kita dapat memberi gambaran yang jelas kepada kerajaan bahawa ramai yang menentang Lynas," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tan berkata, demonstrasi tersebut akan bermula pada pukul 5 petang Sabtu dan akan berakhir satu jam setengah selepas itu.

"Bagi demo di Kuantan kita akan berkumpul di Bukit Roga, Kuantan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan selepas mendaki peserta akan mengundi sama ada menyokong atau menentang Lynas. Di akhir program kita akan umumkan pihak mana yang menang.

"Ini sebagai simbolik kepada kerana kita mahu memberitahu kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk mengundi dan menentukan kerajaan pada pilihan raya umum ke-13. Sekiranya apa yang rakyat mahukan kerajaan tidak dapat penuhi sedia ada perlu menerima hakikatnya ketika itu," katanya.

Beliau berkata, kumpulan SMSL juga ingin menegaskan bahawa mereka akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengira latar belakang politik.

"Kita akan sokong pihak yang boleh hentikan Lynas, tidak kira mereka kerajaan mahupun pembangkang," katanya.

Berhubung dengan demonstrasi berkenaan, Tan berkata, pihaknya akan menghantar jemputan kepada pemimpin daripada pelbagai parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Komas, Tan Jo Hann pula berkata, beliau menjangkakan penyertaan yang lebih ramai peserta pada perhimpunan kali ini.

"Kita jangka kira-kira 15000 hingga 20000 orang akan menyertai rali ini diseluruh negara. Bagi setiap lokasi kita sasarkan lebih kurang 500 hingga 1000 orang akan turut serta," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya sudah mendapatkan permit daripada pihak polis bagi mengadakan perhimpunan berkenaan Tan berkata, di Kuantan mereka tidak perlu mendapatkan permit polis kerana ia diadakan di kawasan padang yang menjadi tumpuan orang ramai bersenam.

"Di tempat lain kita sudah arahkan wakil kita memohon permit daripada pihak polis," katanya.

Antara lokasi yang dipilih ialah, Pahang:

Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang.

Terengganu: Kuala Terengganu.

Kelantan: Kota Bharum.

Pulau Pinang: Pulau Pinang.

Perak: Ipoh, Kampar, Bukit Merah.

Selangor: Cheras Mahkota, Rawang.

Melaka: Melaka.

Negeri Sembilan: Seremban, Air Itam.

Johor: Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar.

Sabah: Sabah.

Australia: Perth, Sydney, Melbourne.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan