Nik Aziz Bantah Anwar Bersara

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara daripada dunia politik sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dibantah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah pemimpin utama sekutu pembangkang itu mahu Anwar meneruskan perjuangannya dalam bidang politik.

"Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times yang mengakui menimbang untuk bersara dan kembali kepada kerjaya asalnya sebelum menyertai politik iaitu menjadi pendidik.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Anwar tetap boleh menggunakan medan politik untuk meneruskan minatnya sebagai pendidik.

"Hakikatnya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar. Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik (universiti) mengajar mahasiswa," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan