Jangan Terpedaya Panggilan Palsu - KWSP

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai dan ahlinya agar berhati-hati terhadap panggilan palsu yang dibuat oleh individu yang menyamar menggunakan nama KWSP dan talian Hotline Anti-Fraud KWSP untuk menipu mereka.

"Kami ingin menegaskan bahawa Talian Hotline Anti-Fraud tidak digunakan untuk menghubungi ahlinya tetapi hanya menerima panggilan daripada orang ramai. Oleh itu, kami ingin mengingatkan ahli agar berwaspada dengan aktiviti penipuan seperti ini," kata KWSP dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Ia berkata ahli-ahli yang menerima panggilan mencurigakan mengenai KWSP diminta agar membuat laporan melalui Talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121, yang beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga 5.15 petang (Isnin ke Jumaat) atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-89226000 atau melapor terus kepada polis.

"Modus operandi bermula dengan mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa daripada KWSP meminta mereka untuk membuat pengesahan sama ada telah membuat permohonan melalui internet.

"Sebenarnya, semua permohonan pengeluaran KWSP perlu dihantar secara fizikal ke cawangan KWSP beserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan," kata KWSP.

Ia berkata apabila mangsa memaklumkan tidak pernah memohon pengeluaran tersebut, penyamar berkenaan memberitahu kemungkinan berlaku penipuan melibatkan akaun mangsa.

"Penyamar kemudiannya akan memaklumkan mangsa akan menerima panggilan daripada pihak 'polis'.

"Penyamar lain yang mendakwa sebagai 'polis' seterusnya akan menghubungi mangsa dan meminta butiran akaun bank beliau," kata KWSP. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan