Jamil Khir Selar Tindakan Pasar Raya Eksploitasi 'Ramadan Sale' Jual Minuman Keras

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Jumaat menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah 'Ramadhan Sale' untuk jualan minuman keras.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penyiaran di internet gambar jualan murah minuman keras sebuah pasar raya tertera perkataan 'Ramadhan Sale', selepas menyampaikan amanat khas kepada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam di sini Jumaat.

Sementara itu, difahamkan Bahagian Hab Halal Jakim telah memeriksa premis berkenaan semalam dan tanda harga 'Ramadhan Sale' di pasar raya tersebut telah ditanggalkan.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata cadangan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri bakal meningkatkan tahap profesionalisme jabatan agama di negara ini.

"Proses menaik taraf jawatan Mufti itu akan diuruskan di peringkat negeri dan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan serta Yang Dipertua Negeri masing-masing," katanya.

April lalu, Jamil Khir mengumumkan cadangan supaya timbalan mufti negeri-negeri dinaikkan ke gred S54 berbanding pelbagai gred ketika ini sama ada S44, S48 dan S52 seperti yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan