BN Selangor Bidas Anwar Gagal Pantau Kontroversi Hutang Talam

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Selangor menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memantau kontroversi perjanjian untuk menyelamatkan Talam Corporation Bhd di atas kapasitinya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Koordinator BN Selangor, Datuk seri Mohd Zin Mohamed berkata Anwar perlu bertanggungjawab kerana beliau telah dilantik oleh kerajaan negeri sebagai penasihat ekonomi.

"Kami ingin tahu sama ada Anwar dimaklumkan sepenuhnya mengenai kesemua transaksi melibatkan urusan itu dan jika beliau bersetuju dengan proses memulihkan hutang syarikat tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman web The Selangor Times, Jumaat.

Pada Rabu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar kerajaan Selangor untuk menjelaskan tindakan melunaskan hutang RM392 juta dari Talam Corporation Bhd menjadi perjanjian bernilai lebih RM1 bilion.

Mohd Zin berkata, BN mempertikaikan ketelusan pelupusan tanah milik Talam iaitu Bestari Jaya pada RM42 juta, lebih tinggi daripada nilai pasaran.

"Kami akan melawat tanah itu untuk melihat situasi sebenar dan akan membawa pemberita bersama minggu depan," katanya.

Selepas lawatan itu, Umno Selangor akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti supaya siasatan lanjut berhubung perkara itu dilakukan.

"Kami sedang mengumpul semua butiran ke dalam satu laporan dan akan difailkan dengan pihak berwajib," katanya.

Beliau turut membidas kerajaan negeri kerana gagal menghasilkan kertas putih mengenai Talam walaupun mereka berjanji untuk memberikannya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Mereka mendakwa bahawa mereka juara dalam ketelusan dan kebertanggungjawaban tetapi sehingga hari ini, rakyat Selangor masih menunggu kertas putih itu," katanya.

Pada Julai 2010, kerajaan Selangor berkata mereka akan membentangkan kertas putih berhubung tujuan melunaskan hutang untuk mendapatkan RM392 juta dari Talam dilakukan tetapi ia menjadi perjanjian bernilai lebih RM1 bilion.

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan