Bank India Pertama Di Malaysia Akan Dilancar Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Bank India pertama di Malaysia, India International Bank (Malaysia) Bhd (IIBB), akan dilancarkan minggu depan.

IIBB, usaha sama antara tiga bank India, iaitu Bank of Baroda, Indian Overseas Bank dan Andhra Bank, akan membuat pelaburan modal sebanyak RM300 juta.

"Usaha sama itu akan menyokong lagi kepada keteguhan sistem kewangan Malaysia. Bank-bank promoter itu akan membawa masuk kepakaran perbankan antarabangsa," kata Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Bank itu akan menyediakan rangkaian perkhidmatan perbankan penuh kepada pelanggan.

IIBB akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang disasarkan bagi keperluan penduduk tempatan, di samping memudahkan perdagangan dan pelaburan di negara ini. – BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan