Ahli Politik Perlu Sensitif Apabila Berucap Semasa Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli politik harus mengelakkan diri daripada membuat serangan peribadi terhadap pihak lawannya semasa bulan puasa, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkata, sebagai Muslim, mereka sepatutnya tidak mencemarkan keperibadian mereka apabila membuat ucapan pada ceramah, terutama semasa bulan Ramadan.

“Kenapa perlu bergaduh tentang perkara remeh-temeh? Jika seseorang mempunyai isu dengan polisi Kerajaan, mereka sepatutnya mempunyai ruang debat yang bersesuaian untuk kedua-dua parti memberikan hujah mereka dan membiarkan rakyat menentukannya,” kata beliau pada sesi penerangan mengenai bulan puasa di Menara Star di sini, Khamis.

Nik Mustapha turut berkata, rakyat Malaysia cenderung membeli terlalu banyak makanan di bazar Ramadan.

“Apabila anda lapar dan berpuasa, anda cenderung untuk membeli banyak makanan. Bersikap pelahap akan menggagalkan tujuan sebenar berpuasa,” tambahnya.

Beliau turut mengalu-alukan sikap pegawai penguat kuasa agama, yang melakukan tindakan terhadap mereka yang ditangkap kerana makan di tempat awam semasa bulan puasa sebagai mendidik umat Islam.

“Hukuman hanya perlu dijadikan sebagai langkah terakhir. Pendidikan adalah lebih penting kerana mereka akan kurang melakukan kesalahan sekiranya mereka faham tentang tindakan yang dilakukan memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa selama sebulan pada 21 Julai ini.

Terdahulu, sesi penerangan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Menara Star mengenai Islam dan Ramadan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan