Tiada Siaran Langsung Debat Chua-Lim

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada siaran langsung semasa debat kedua antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 8 Julai.

Menurut penganjur debat itu, Institut Startegi dan Kepimpinan Asia (Asli), langkah itu bagi mengelakkan keadaan huru-hara dan sebagai menghormati masa untuk keluarga berkumpul pada Ahad.

Ketua Pegawai Strategi dan Program Asli Ng Yeen Seen berkata debat itu akan dirakamkan dan dimuat naik ke Internet (YouTube) kira-kira 10 minit selepas ia bermula.

"Saya juga difahamkan debat itu akan disiarkan secara siaran tertunda di saluran Astro AEC, dengan terjemahan dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Awani pada hari yang sama kira-kira 11 malam," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Chua dan Lim akan berdebat mengenai tajuk "DAP & MCA: Whose Policies Benefit the Community Better?' (DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat) dan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asli Datuk Dr Michael Yeoh akan bertindak sebagai moderator debat itu.

Debat dua jam yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di Petaling Jaya itu akan diadakan dalam bahasa Inggeris pada pukul 2.30 petang, Ahad ini.

Antara dasar yang dijangka disentuh ialah pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

Debat pertama antara dua pemimpin diadakan pada 18 Februari lalu, menggunakan bahasa Mandarin bertajuk 'Is The Two-Party System Becoming a Two-Race System?' (Adakah Sistem Dua Parti Akan Menjadi Sistem Dua Bangsa).

Susulan debat itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengadakan satu lagi debat sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan