Selcat Tolak Pembangunan Padang PKNS

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang diwartakan pada 13 Jan 2011 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor perlu dibatalkan kerana ia dibuat tidak mengikut undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) Datuk Teng Chang Khim berkata: "Kerajaan negeri boleh membatalkan (RTPJ2) dengan nasihat daripada penasihat undang-undang negeri."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berakhirnya pendengaran awam melibatkan isu cadangan pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan RTPJ2 di sini, Khamis.

RTPJ2 adalah dokumen yang menimbulkan kontroversi apabila laporan yang dirujuk oleh JPBD negeri mendapati padang awam milik PKNS telah dizonkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula dizonkan sebagai zon komersial.

Teng berkata jika RTPJ2 tidak dibatalkan, ia boleh dicabar oleh mana-mana pihak menerusi perundangan kerana mempunyai beberapa kelemahan.

Beliau berkata rumusan hasil pendengaran Selcat itu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang kerana tidak mempunyai masa untuk menyediakan laporan bagi sidang dewan Isnin ini.

Pada pendengaran awam hari ini, Teng turut mencadangkan supaya pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dihantar semula berkursus kerana melakukan 59 pindaan tanpa memaklumkannya atau pun mendapat persetujuan daripada JPBD Selangor.

Katanya perbuatan MBPJ meminda RTPJ2 yang telah diwartakan itu tidak mematuhi undang-undang di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang memerlukan pindaan kepada zon penggunaan tanah diumumkan kepada umum dan membuka peluang kepada bantahan sekiranya ada.

Perbuatan pegawai tertentu MBPJ meminda RTPJ2 disifatkan sebagai tidak profesional, tidak berdaya saing, tidak bertanggungjawab dan jika dalam badan profesional seperti guaman atau perakaunan, mereka boleh dipecat, kata Teng. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan