Pesara Tentera Jangan Terpedaya Imbuhan RM3,000

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesara tentera tidak berpencen diminta supaya tidak terpengaruh dengan agenda sesetengah pihak menyebarkan borang bantuan sebanyak RM3,000, seperti yang pernah dituntut mereka sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sebelum ini pernah mengemukakan isu bantuan tersebut kepada jemaah menteri, namun ia tidak dapat dipertimbangkan sekarang.

"Jika ada individu atau persatuan-persatuan tidak berdaftar mengedarkan borang kononnya kerajaan mahu beri bantuan RM3,000, saya harap jangan percaya perkara ini...tak perlu isi pun.

"Saya tahu harapan mereka (pesara tidak berpencen) terlalu tinggi. (Tetapi) borang itu dipercayai diberikan oleh individu daripada persatuan-persatuan yang menjadi tunggangan parti politik tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek Rayuan Hari Pahlawan 2011 (RHP) berjumlah RM1.4 juta kepada 52 persatuan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara dan RM1.56 juta turut diagihkan kepada cawangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia serta pertubuhan atau kelab lain.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid tidak menolak bahawa perbuatan tersebut dilakukan sesetengah parti politik yang mahu memburukkan kerajaan.

Beliau turut menjelaskan sebab pesara tentera tidak berpencen, tidak menerima imbuhan RM3,000 kerana mereka adalah berlainan dengan 'home guard' dan 'special constable' yang menerima bayaran tersebut.

"Mereka (home guard dan special constable) lain kerana mereka tidak menerima gaji dan elaun ketika berkhidmat. Oleh itu, mereka layak menerima imbuhan RM3,000 sekali seumur hidup. Macam pesara tidak berpencen, mereka menerima semua itu (gaji dan elaun) ketika berkhidmat," katanya.

Beliau berkata 'home guard' dan 'special constable' juga bukan anggota polis sepenuh masa tetapi mereka terdiri daripada sukarelawan yang berkhidmat sewaktu zaman darurat.

Ahmad Zahid berkata wang imbuhan kepada pesara tidak berpencen, tidak dapat diberikan kerana kerajaan tidak berkemampuan ketika ini, dan ia memerlukan perbelanjaan yang besar iaitu lebih RM600 juta.

"Tentunya pada masa yang sama, mereka yang berpencen juga mahu menuntut. Jika dicampurkan kedua-duanya, kerajaan perlu belanjakan RM960 juta," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada lapan penerima iaitu Sarjan Datuk Baharuddin Omar, Hamid Abdul Rahman, Sarjan Hashim Abdullah, Koperal Anuar Abd Rahman, Koperal Awang Ahmad, Yahya Md Isa, Chee Shiuh Sing dan Joseph Scully.

Ahmad Zahid juga menyampaikan bantuan Royal Commonwealth Ex-Service League (RCEL) antara RM1,200 dan RM1,600 kepada empat penerima veteran ATM iaitu Koperal Sulong Yunus, Prebet Ujang Mormin, Zaiton Mat Piah (balu Sarjan Abdullah Hadani) dan Lans Koperal Che Man Manja.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Datuk Zulkiflee Mazlan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan