KSN Umum Dua Pelantikan Baru

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md Ikshan dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu mulai 18 Julai ini.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Phesal Talib yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai tarikh sama.

Selain itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Kerjasama Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Husni Hussain dilantik sebagai Ketua Pengarah unit itu mulai 9 Julai.

Ini dinyatakan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki kedua-dua pegawai tersebut akan membolehkan mereka memimpin dan meneruskan agenda pembangunan kerajaan dalam menerajui kedua-dua agensi berkenaan dan seterusnya merealisasikan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, Adnan, 53, menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983, dan berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan pentadbiran.

Ini diperoleh melalui karier perkhidmatannya sebagai, antara lain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Raub dan Penolong Pengarah (Anggaran) Bahagian Perjawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia.

Dalam pada itu, Ahmad Husni, 53, dilantik ke Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986.

Kenyataan itu berkata sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau banyak terlibat dalam bidang ekonomi dan perancangan pembangunan.

Beliau pernah menjadi Pengarah Seksyen Inisiatif Pembiayaan Swasta di Unit Penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta, JPM; Timbalan Pengarah Seksyen Penswastaan di Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM; dan Ketua Penolong Pengarah UPE.

Ahmad Husni memperoleh Ijazah Sarjana dari Universiti Michigan dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan