Jangan Heret Institusi Kesultanan Untuk Berpolitik

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh kesal dengan tindakan pihak tertentu yang akhir-akhir ini cuba meraih simpati rakyat dengan mengaitkan institusi kesultanan dalam hal seperti tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan.

"Saya kesal institusi ini diheret yang akhirnya demi tujuan politik pihak tertentu semata-mata untuk meraih simpati murahan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa persatuan perniagaan Cina di sini, Khamis.

Mohd Fatmi, yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, berkata pihak tertentu terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tidak wajar mengheret institusi kesultanan demi tujuan tertentu kerana Sultan adalah payung rakyat yang sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Hujung bulan lalu sebuah NGO yang dikenali Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas di Kelantan (Royalti) telah menggunakan potret Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam satu perhimpunan aman di hadapan Kompleks Kota Darul Naim.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Cawangan Kelantan membuat laporan polis di sini beberapa hari lepas sebagai membantah tindakan NGO tersebut yang disifatkannya sebagai satu tindakan tidak wajar.

Mengulas perkara itu, Mohd Fatmi berkata tindakan NGO itu sebenarnya mencemar nama baik institusi kesultanan dan wajar dihentikan.

"Soal royalti biar mahkamah yang putuskan dan jangan raih simpati rakyat dengan cara yang tidak wajar ini," katanya.

Sementara itu beliau berkata pengundi Cina di Kelantan kini semakin memahami dasar kerajaan yang menguntungkan semua rakyat dan bangsa di negara ini.

"Kini sokongan mereka terhadap Barisan Nasional semakin meningkat dan kita yakin mereka sudah sedar hanya BN yang sebenarnya mampu membangunkan negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan