Jangan Halang Tugas Media - DAP

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa negeri dikuasai pakatan pembangkang yang menghalang media membuat liputan dan tugasan di negeri masing-masing, disifatkan sebagai tidak menghormati kebebasan media menjalankan tugas menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana media hanya pihak yang menjalankan tugas.

"Sepatutnya mereka (media) tidak dihalang membuat liputan dan menjalankan tugasan asalkan ia tidak membawa masalah atau kerosakan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program dalam Radar Khas Siri 3 anjuran Radio24 dan AntaraPos.com, sebuah portal berita televisyen swasta, bertajuk 'Kebebasan Media di Malaysia: Takrifan dan Tuntutan' di Wisma Bernama, Khamis.

Turut serta dalam diskusi itu ialah Anggota Parlimen Hulu Selangor daripada Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dan Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Safar Hashim.

Dr Tan, yang juga Anggota Parlimen Kepong berkata: "Adalah menjadi hak kepada media untuk bebas mendapatkan maklumat dan saya memang tidak setuju (tindakan halang media membuat liputan)."

Sebelum ini beberapa negeri dikuasai pembangkang dilaporkan menghalang media arus perdana membuat liputan acara kerajaan negeri dengan mendakwa media tersebut akan memburukkan kerajaan negeri berkenaan.

Sementara itu, Dr Safar menyarankan agar kesemua akta berkaitan media diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan bukannya di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memudahkan aspek pengawalan.

Beliau berkata contohnya Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang diletakkan di bawah bidang kuasa KDN telah diwujudkan pada zaman dahulu bagi memerangi musuh negara seperti ancaman komunis dan pada masa ini, ia tidak lagi sesuai kerana keselamatan negara tidak lagi dalam keadaan bahaya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan