Jangan Ghairah Jaguhi Isu Pendidikan

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI MANJUNG: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak terlalu ghairah menjaguhi isu-isu pendidikan sehingga meletakkan masa depan negara berakhir dengan situasi 'satu negara-pelbagai warga'.

Baginda bertitah agenda pendidikan nasional perlu dicanai untuk mencapai matlamat berjaya menyatukan pelbagai kaum, hidup rukun dalam semangat 'satu negara-satu warga', selaras dengan semangat satu Malaysia.

"Membina satu warga tidak bermakna menghapuskan mana-mana kaum, tidak bermakna menghapuskan mana-mana budaya, tidak bermakna menghapuskan mana-mana agama, tidak bermakna menghapuskan mana-mana bahasa," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Samudera di sini, Khamis.

Baginda bertitah sekolah perlu menjadi kawasan larangan kepada sebarang unsur politiking kerana peranan sekolah sebagai platform untuk menyatupadukan rakyat adalah satu kewajipan bukan satu opsyen.

Raja Dr Nazrin bertitah sekolah adalah 'tapak semaian' memastikan 'benih-benih' diberikan ruang untuk dapat 'tumbuh segar' dan dilindungi daripada menjadi mangsa kepada eksperimen dan permainan politik. "Kerana itu semua pihak perlu menghormati batas sempadan penglibatan, perlu menjauhkan diri daripada campur tangan yang keterlaluan, semoga menjamin tidak berlakunya pencerobohan dalam perkara berkaitan sekolah dan pelajaran hingga akibatnya anak-anak di sekolah menjadi mangsa, dan hasrat untuk membina warga yang bersatu tidak akan tercapai," titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah kesemua kumpulan politik tanpa mengira fahaman dan ideologi, pemimpin kaum dan agama serta seluruh rakyat perlu mendukung wawasan perpaduan bersama-sama dan wajib membantu memastikan sistem persekolahan berjaya memenuhi misi membina perpaduan kaum dalam semangat 'satu negara-satu warga'.

Dalam titah itu baginda turut berkongsi pengalaman semasa melalui alam persekolahan rendah dan menengah rendah di sekolah yang terletak di bawah tadbiran Kementerian Pelajaran.

Baginda bertitah baginda sangat menghargainya kerana membantu baginda memperkayakan nilai sosial dan kemanusiaan di dalam diri selain mengalami suasana harmoni di kalangan murid, guru, tenaga pentadbir dan staf sokongan, merangkumi pengusaha kantin sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Alam persekolahan ketika itu dipenuhi pelbagai aktiviti kokurikulum yang terbuka lagi liberal tanpa mempamerkan sifat dominan mana-mana kaum atau agama, malah memperimbangkan keperluan dan sensitiviti kumpulan etnik dan agama, titah baginda.

Baginda bertitah alam persekolahan semasa itu juga memperlihatkan interaksi harian dialami para pelajar berjaya mengeratkan silaturahim di kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama.

"Demikian mutiara berharga yang pada satu masa dahulu, terdapat di dasar lautan falsafah pendidikan negara. Di mana hilangnya mutiara berharga tersebut? Mengapakah mutiara berharga itu dibenarkan tertimbus?

"Jika ia masih belum hilang, jika ia sekadar tertimbus atau jika ia sekadar di bawa arus politiking yang keterlaluan, maka mutiara berharga itu perlu dikembalikan, supaya kekal berada di dasar sistem persekolahan nasional," titah baginda.

Pada majlis itu baginda yang turut diiringi Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara turut melawat pameran kreatif hasil pembelajaran murid-murid SK Seri Samudera antaranya dalam mata pelajaran Sains, Kajian Tempatan, Matematik dan Bahasa Inggeris.

SK Seri Samudera yang mempunyai 18 bilik darjah dibina dengan kos RM11.37 juta itu mula dibuka pada 13 Jun tahun lepas dan kini mempunyai 580 murid, 43 guru dan dua kakitangan sokongan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan