Hishammuddin Nafi Kadar Jenayah Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Khamis menafikan dakwaan awam bahawa wujud peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata rekod polis tidak menunjukkan sebarang peningkatan kadar jenayah seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Kepentingan awam semasa dalam isu jenayah telah membentuk satu persepsi bahawa kadar jenayah semakin meningkat khusus menerusi media sosial, katanya ketika mengulas komen beberapa pihak tertentu bahawa indeks jenayah rendah yang dilaporkan oleh kementerian tidak menggambarkan keadaan kadar jenayah sebenar.

Ini berikutan paparan beberapa klip video dalam media sosial seperti Facebook yang menunjukkan seorang wanita disamun di parkir sebuah pusat membeli-belah.

Hishammuddin berkata demikian selepas menutup mesyuarat dua hari Panel Antarabangsa Kajian Semula Mengurangkan Kadar Jenayah 2012 dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di sini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan dua anggota panel tersebut, Pengarah Pengurusan Pasukan Polis Hong Kong, SAC Tang How Kong dan bekas pengarah Kaunter Perintah Pengganas Metropolitan Polis London, United Kingdom, Peter Clarke.

Hishammuddin berkata secara realiti, usaha polis mengurangkan jenayah jalanan adalah amat berkesan dan orang awam kurang melaporkan kes jenayah.

Sementara itu, Clarke mencadangkan supaya kerajaan menjalin lebih banyak kerjasama dengan masyarakat perniagaan bagi terus membanteras jenayah.

"Dengan penyertaan daripada masyarakat perniagaan akan membantu polis mengurangkan kadar jenayah dan membina sebuah masyarakat yang lebih selamat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan