Cadangan Wajib Lulus Subjek Perlembagaan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pakar sejarah mencadangkan supaya Perlembagaan Malaysia dijadikan subjek wajib lulus kepada pelajar asing yang ingin melanjutkan pengajian di negara ini.

Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Yusoff Hashim berkata perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana ia diamalkan oleh Indonesia yang mewajibkan pelajar asing ke negara itu lulus program Pancasila iaitu ideologi dasar bagi negara berkenaan.

Mohd Yusoff, yang juga Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, bagaimanapun berkata sebelum cadangan itu dilaksanakan, ia seharusnya diperkenalkan terlebih dahulu kepada pelajar tempatan.

"Sudah tiba masa untuk Perlembagaan Malaysia diajar kepada pelajar tempatan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi," katanya pada Seminar Perlembagaan Malaysia bertajuk 'Di Antara Sejarah dan Tuntutan Semasa' di sini, Khamis.

Mohd Yusoff berkata pembelajaran mengenai Perlembagaan Malaysia secara berterusan dapat memupuk semangat pelajar untuk menghayati erti perlembagaan dan undang-undang tertinggi negara serta implikasinya terhadap masyarakat.

Seminar tersebut diadakan dengan tujuan menyelami maksud sebenar Perlembagaan negara dan menyebarkan kefahaman mengenainya kepada generasi muda. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan