Tiada Masalah Teknikal Lynas Beroperasi di Negara Ini

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang tidak menunjukkan wujudnya masalah dari segi teknikal, kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) Dr Ahmad Ibrahim .

Beliau berkata tiada halangan mahupun sebab utama mengapa kerja-kerja pemprosesan nadir bumi tidak boleh dijalankan di negara ini kerana dari segi teknikal kilang Lynas akan menggunakan teknologi semasa.

"Hasil kajian ASM mendapati tiada masalah dari segi teknikal untuk Lynas beroperasi kerana sumber yang akan diproses dari China dan Australia nanti adalah sumber yang sama yang diproses oleh kilang berusia hampir 50 tahun di Perancis.

"Bayangkan kilang yang hampir 50 tahun beroperasi di bandar pelancongan La Rochelle di Perancis itu masih utuh dan diakui selamat, inikan pula kilang di Gebeng itu yang menggunakan teknologi semasa," katanya kepada Bernama selepas diwawancara dalam rancangan terbitan Radio 24 di Wisma Bernama.

La Rochelle milik Kumpulan France's Rhodia adalah pelopor dalam perniagaan nadir bumi bagi Perancis di mana ia adalah satu-satunya syarikat perindustrian bersepadu yang menjalankan operasi pembuatan dan bekalan bahan mentah seperti kilang nadir bumi di China.

Pada 25 Jun lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi.

Laporan itu turut mengesyorkan kilang berkenaan boleh memproses bahan mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan