Rektor Tidak Perlu Letak Jawatan, Kuin Tiada Masalah - Azizan

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Prof Datuk Dr Jamil Osman tidak perlu meletak jawatan kerana kolej itu tidak menghadapi sebarang masalah, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebaliknya kata beliau, isu yang timbul sengaja dibangkit memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja Kuin pada Selasa agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.

Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.

"Bukan dia yang minta kerja ini, saya yang panggil dia balik dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebab nak buat perkembangan di Kuin," katanya.

Ditanya sama ada kumpulan yang membuat protes terbabit akan dikenakan tindakan disiplin, Azizan berkata mereka berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Sementara itu, Jamil yang ditemui pada majlis berasingan turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur selagi tidak diminta berbuat demikian oleh Menteri Besar.

"Kalau MB (Menteri Besar) nasihat saya suruh letak jawatan, hari ini (Rabu) juga saya akan letak jawatan," katanya menambah pelantikan beliau pada 2008 itu dibuat Azizan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin.

Jamil yang juga anggota lembaga pengarah kolej, berkata semua keputusan yang dibuat oleh Kuin adalah keputusan lembaga pengarah dan bukan daripada beliau sendiri.

Mengenai dakwaan warga kerja Kuin bahawa memorandum yang diserah tidak dilayan, Jamil berkata beliau berkata telah mengambil perhatian mengenai isu itu dan telah memaklumkan kepada Azizan.

Pada Selasa, kira-kira 200 warga kerja Kuin mengadakan bantahan aman 'Himpunan Aman Bersih 2.0' di hadapan pejabat rektor bagi mendesak Jamil meletak jawatan susulan kegagalan beliau menyelesaikan pelbagai isu membabitkan warga kerja kolej itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan