Kerajaan Perak Teliti Cadangan Berhubung Lembah Lenggong

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan negeri akan meneliti cadangan yang dikemukakan bagi menambah baik kemudahan maklumat dan perhubungan ke Lembah Lenggong di Hulu Perak yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri juga telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti pelbagai perkara melibatkan tapak warisan berkenaan.

"Beberapa perkara perlu kita lakukan termasuklah memperbaiki dan memudahkan akses masyarakat dan pelancong ke kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa cadangan Persatuan Kebudayaan Perak berhubung pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun lepas.

Presiden persatuan berkenaan Mohd Taib Mohamed dilaporkan berkata antara perkara perlu diberi perhatian segera ialah sistem perhubungan ke kawasan berkenaan, papan tanda, pusat maklumat dan penyertaan penduduk setempat.

Zambry berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan segala perancangan yang dibuat untuk mempromosikan Lembah Lenggong berjalan lancar.

Ditanya adakah rangka purba 'Perak Man' yang ditemui di Lembah Lenggong dan kini dipamerkan di Muzium Negara akan dibawa balik ke Perak selepas lembah itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, Zambry berkata perkara berkenaan telah dibangkitkan kepada kerajaan persekutuan sebelum ini.

"Kita harap kerajaan persekutuan akan menimbang perkara ini," katanya.

Lembah Lenggong diiktiraf sebagai tapak warisan dunia hasil penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja ekskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan