Jawatankuasa Fatwa Kini Menghadap Agong

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di Istana Negara di sini, Rabu.

Jawatankuasa Fatwa MKI diwakili 18 anggota terdiri daripada Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Setiausaha, Datuk Othman Mustafa yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara yang turut serta adalah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Sabah Datuk Ahmad Alawi Adnan dan Mufti Melaka Datuk Rashid Redza Md Salleh.

Turut serta adalah Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin, Mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad dan Mufti Sarawak Kipli Yassin.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menerima cenderahati berupa buku yang diserahkan oleh Abdul Shukor. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan