BN Selangor Alu-alukan Saman Kerajaan Negeri Isu Skandal RM1 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Zin (tengah) ketika sidang media mengenai isu urusan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad di bangunan Umno Selangor, Shah Alam pada Rabu.
-fotoBERNAMA
Mohd Zin (tengah) ketika sidang media mengenai isu urusan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad di bangunan Umno Selangor, Shah Alam pada Rabu. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan skandal penyelewengan hampir RM1 bilion dalam penyusunan hutang syarikat pembinaan Talam Corporation Bhd.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata parti itu tidak gentar dengan keputusan kerajaan negeri itu yang disifatkan sebagai ugutan.

"Dia dijemput dan dialu-alukan untuk membuat apa-apa sahaja. Dia ada hak untuk berbuat demikian. Jangan ugut kita tentang soal ini," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang membuat dakwaan mengenai penyelewengan Talam.

Bagaimanapun Mohd Zain berkata, pendedahan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong seperti yang dilaporkan media pada Rabu bertujuan mendapatkan penjelasan kerajaan negeri terutamanya berkaitan isu penggunaan wang rakyat.

"Kita bangkitkan isu secara berhemah. Kita bertanggungjawab, jadi kami harapkan jawapan yang baik...kami tidak harapkan ugutan seperti ini," katanya.

Menerusi pendedahan Chua, penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.

Dalam pada itu, Mohd Zin berkata, BN Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penyelewengan tersebut dalam masa terdekat.

"Demi kepentingan rakyat Selangor juga, BN Selangor akan membuat aduan kepada Bursa Saham Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia agar dilakukan siasatan secara menyeluruh," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan