Wartawan Kecewa: Sidang Media Bekas Naib Canselor Unisel Dibatalkan Selepas Menunggu Hampir Dua Jam

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus
Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus

SHAH ALAM: Selepas hampir dua jam menunggu kira-kira 25 petugas media kecewa apabila sidang media yang sepatutnya diadakan oleh bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Wakil penganjur, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Mohd Hassan memohon maaf atas kesulitan tersebut kerana Dr Razali tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.

"Kami mewakili pihak penganjur memohon maaf atas pembatalan sidang media ini, kerana Dr Razali mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir.

"Kami terpaksa tangguhkan sidang media ini kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita di Hotel De Palma pada Selasa.

Sidang media tersebut dijadualkan berlangsung pada pukul 12 tengah hari Selasa namun sehingga pukul 1.30 petang barulah pihak media dimaklumkan mengenai pembatalannya.

Difahamkan sidang media tersebut akan menyentuh mengenai pentadbiran Unisel dan pencairan aset bagi membantu pembiayaan yuran pelajar di universiti berkenaan ekoran tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman mereka dalam usaha melihat sejauh mana keupayaan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka.

Pada Jun 2008, kontrak Dr Razali sebagai Naib Canselor Unisel telah ditamatkan oleh oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Surat penamatan perkhidmatannya telah diserahkan kepada pembantu peribadi beliau 27 Jun 2008 semasa beliau menghadiri mesyuarat di kampus Unisel di Bestari Jaya.

Dr Razali yang berasal dari Kajang, Selangor, sebelum ini pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di Universiti Malaya selama dua tahun sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan