UPM Hasil Produk Mesra Alam Rawat Jangkitan E-coli Ayam Ternakan

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi kajiannya menghasilkan sebuah produk mesra alam yang merupakan bahan biologikal semulajadi untuk merawat jangkitan E-coli bagi ayam ternakan.

Pensyarah Mikrobiologi Gunaan dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Prof Madya Dr Sieo Chin Chin berkata, produk itu dikenali sebagai ECPhage membantu mengurangkan kadar kematian ayam dijangkiti wabak berkenaan sebanyak 70 peratus.

“Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar pemakanan ayam yang tinggi iaitu 34.8 kilogram per kapita dan jumlah itu semakin meningkat.

“Oleh itu, penternak perlu memastikan bekalan ayam mencukupi, sihat dan selamat untuk memenuhi permintaan, melebihi 80 peratus sumber daging dalam pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Dr Sieo berkata, ECPhage yang dihasilkan menerusi kajian selama lima tahun sejak tahun 2007 itu merupakan bahan mesra alam yang tidak mempunyai masalah dengan kerintangan bakteria.

Beliau menjelaskan, penggunaannya adalah mudah, berkesan dan selamat.

“Kaedah rawatan sekarang menggunakan antiobiotik dengan dos yang tinggi untuk lima sehingga 10 kali sehari, dan kurang berkesan apabila bakteria lali dengan antibiotik berkenaan.

“Tetapi ECPhage hanya menggunakan satu dos sahaja, dan tindak balasnya adalah singkat apabila 98.9 peratus daripadanya menyerap bakteria yang didedahkan dalam masa dua minit,” katanya.

Beliau menambah, proses ECPhage berulang selagi bakteria masih wujud dan sebanyak 100,000 bakteria dapat dikurangkan dalam masa 25 minit.

Ketika ditanya mengenai kecekapan kos, Dr Sieo berkata, ia setaraf dengan kos rawatan sekarang tetapi lebih murah dihasilkan dalam skala besar.

“Produk ini masih baru dan kami kini sedang mencari peluang untuk menarik perhatian pasaran selain usahasama mana-mana pihak bagi pemindahan teknologi,” kata beliau.

Kajian tentang penghasilan ECPhage itu turut melibatkan Prof Dr Ho Yin Wan dan Lau Gee Leng daripada Institut Biosains, Prof Dr Tan Wen Siang (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul) dan Prof Dr M. Hair-Bejo serta Dr Jalila Abu (Fakulti Perubatan).

Kajian tersebut mendapat pengiktirafan iaitu Pingat Emas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-23 (Itex 2012), Anugerah Kecemerlangan bagi Pameran Rekacipta dan Produk Baru (Inpex 2012) dan Pingat Emas dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi UPM 2011.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan