Saham FGV Dijangka Terus Melonjak

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Nilai saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dijangka terus melonjak berdasarkan permintaan terhadap komoditi minyak sawit yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin menasihati peneroka yang memiliki saham FGV agar tidak sewenang-wenang menjualnya kerana saham terbabit akan terus melonjak sehingga ke paras yang lebih menguntungkan.

"Pasaran saham berasaskan komoditi minyak sawit adalah perniagaan yang berasaskan produk sebenar yang sedia ada dan bukannya bersandarkan kepada saham-saham spekulasi atau pasaran hadapan yang boleh dimanipulasi oleh pemain saham tetapi produknya tidak wujud," katanya, Selasa.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan wang bayaran Insentif Tanaman Semula Kelapa sawit kepada 434 peneroka Felda Lembah Klau dan 87 peneroka Felda Tersang 1 di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau di sini.

Hamzah berkata penyenaraian FGV di Bursa Saham Malaysia adalah tepat pada masa dan ketika serta merupakan langkah bijak kerajaan yang secara tidak langsung dapat melenyapkan pelbagai tomahan serta fitnah pihak yang cuba mengagalkannya.

Timbalan Menteri itu berkata minyak sawit negara sentiasa mendapat pasaran baik dunia kerana ia berkualiti dan Malaysia merupakan pengeksport utama sawit dunia setakat ini walaupun Indoensia dan Thailand mempunyai ladang yang lebih luas.

"Tahun lepas negara memperolehi pendapatan RM80.20 bilion hasil eksport minyak sawit ke beberapa negara antaranya ialah negara China, Pakistan, India dan Eropah, manakala eksport akan terus meningkat 3.5 peratus setahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan