Rakyat Disaran Guna Air Dengan Bijak

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika masalah krisis kekurangan air akan melanda Lembah Klang sedang hangat diperkatakan, kerajaan menggesa rakyat di negara ini untuk menggunakan keperluan asas yang paling utama itu dengan bijak.

Gesaan itu timbul ekoran cuaca panas dan kering terutamanya di Semenanjung Malaysia yang meningkatkan permintaan bekalan air terawat sehingga menyebabkan kemerosotan serius simpanan atau takungan air.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut memetik statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam menyuarakaan permintaan itu.

"Dari 19 hingga 25 Jun, tahap takungan air (untuk Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya) tidak mencapai 1%. Malah, di antara 19 hingga 21 Jun, tahapnya adalah negatif.

"Ia menunjukkan keadaan amat kritikal," kata Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Loo Took Gee.

Loo berkata, dua loji rawatan air yang membekalkan air ke sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mengeluarkan bekalan melebihi kapasiti ditetapkan sepanjang tempoh itu.

Menurut beberapa pegawai kementerian, tahap takungan air di kawasan tersebut menurun sekitar 2% sebelum permulaan musim panas pada Mei lalu.

"Kebiasaannya, permintaan tinggi pada musim panas adalah sekitar 7% melebihi penggunaan biasa.

"Tahap simpanan air pada 10% amat bersesuaian tetapi kini kita tidak mempunyai kemewahan itu," kata seorang pegawai.

Loo berkata, rakyat Malaysia menggunakan secara purata 200 liter air terawat setiap hari manakala di Selangor 239 liter.

"Kita berharap ia boleh dikurangkan kepada 180 liter setiap hari," katanya.

Beliau berkata, sekiranya kira-kira enam juta pengguna di Semenanjung Malaysia dengan purata empat individu dalam setiap isi rumah mampu berjimat 20 liter air setiap hari, negara boleh menyimpan 480 juta liter air terawat setiap hari.

"Ia lebih daripada mencukupi untuk membekalkan air ke negeri Melaka untuk tempoh sehari," katanya.

Memandangkan kebanyakan negeri masih mempunyai takungan air pada tahap 10%, Loo berkata penjimatan air adalah untuk jaminan masa hadapan dan bukannya pada musim panas sahaja.

Loo berkata, projek tebatan seperti mengurangkan risiko kebocoran paip dan memperbaiki kemudahan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air dijangka dapat melambatkan potensi krisis air pada 2014 hingga 2017, tetapi ia akan siap sepenuhnya pada 2015.

"Segala usaha kita dalam mengurangkan penggunaan air dapat menangani krisis tersebut," kata Loo.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan