Pujian Untuk Kad Diskaun Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengenalan kad diskaun khas untuk pelajar universiti awam dan swasta adalah satu langkah yang dialu-alukan dan wajar dipuji.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kad itu akan dikeluarkan kepada semua pelajar Malaysia termasuk mereka dari institut pendidikan perguruan dan institut latihan perindustrian.

"Pelajar tahun akhir akan menerima kad yang pertama," katanya ketika ditanya tentang Kad Diskaun 1Malaysia Pelajar (KDS1M).

Pelajar, katanya, tidak perlu memohon untuk mendapatkan kad tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melancarkan kad diskaun khas pada hari Isnin, berkata ia akan memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta pelajar.

Dengan kad tersebut, pelajar boleh menikmati diskaun sehingga 60 peratus ke atas pelbagai barangan, termasuk makanan dan perkhidmatan.

Antara yang telah bersetuju untuk menerima kad ini termasuklah KFC, The Chicken Rice Shop, A & W, Mydin, Menara Optik, Berjaya Books Sdn Bhd (Borders Malaysia), MPH Bookstores Sdn Bhd dan Bata Marketing Sdn Bhd.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group Elizabeth Lee menyifatkan ia sebagai satu langkah besar.

"Kad diskaun akan menjadi amat berguna untuk pelajar yang tinggal di bandar yang memerlukan bajet. Ia juga akan memberi mesej positif kepada pelajar antarabangsa, untuk menarik perhatian mereka," katanya.

Lee berharap peniaga lain juga akan mempertimbangkan untuk menawarkan diskaun seperti tiket penerbangan, perkakasan komputer dan perisian serta perkhidmatan telekomunikasi.

Naib Canselor Universiti Taylor dan presidennya Prof Datuk Dr Hassan Said merasakan tekanan kewangan yang dihadapi pelajar-pelajar akan berkurangan dengan kad diskaun.

"Ia adalah kad mesra pelajar yang akan disambut baik juga oleh ibu bapa," katanya.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata kad itu berguna untuk semua pelajar, terutamanya mereka yang menunggu untuk biasiswa atau pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengeluaran kad telah dikendalikan oleh Bank Rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan