Projek MRT: Peniaga BB Plaza Tidak Perlu Pindah

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peniaga di Plaza Bukit Bintang tidak perlu berpindah keluar dari bangunan ketika kerja-kerja pembinaan stesen MRT, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob.

Beliau juga berjanji sekiranya bangunan itu bertukar hak milik, penyewa sedia ada akan diberikan keutamaan untuk terus kekal di kompleks beli-belah yang baru dibina.

"Semua pihak telah bersetuju jika ada pertukaran pemilikan, akan ada satu klausa dalam perjanjian pembelian yang akan memberi keutamaan kepada peniaga sedia ada dan memastikan hak para peniaga dilindungi.

"Kita berharap ini akan menjadi penamat kepada masalah peniaga. Sebarang isu boleh boleh diselesaikan melalui perbincangan tanpa membawanya ke 'jalanan'," beliau memberitahu pemberita selepas dua jam mesyuarat dengan wakil peniaga, UDA Holdings Bhd dan MRT Corp, Selasa.

Dilaporkan, BB Plaza yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan dibina lebih 30 tahun lalu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan MRT.

Berikutan laporan, seramai 50 peniaga mengadakan protes di luar bangunan BB Plaza, mendakwa tiada sebarang rundingan dibuat oleh UDA Holdings, Kementerian Kewangan dan MRT Corp dengan mereka.

Ismail menambah, lima kedai di hadapan pintu masuk pusat beli-belah itu bagaimanapun perlu berpindah pada hujung minggu ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja awal pembinaan.

"Butiran dan jumlah pampasan akan dibincangkan di antara syarikat itu dan MRT Corp," katanya.

Berdasarkan kenyataan bersama , UDA Holdings telah mengemukakan cadangan pampasan kepada MRT Corp daripada pemilik kiosk.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan