Kuota Haji Malaysia Bakal Diketahui Ramadan Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan.

Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada 'Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Musim Haji 1433H/2012' yang menjalani kursus pengukuhan selama empat hari mulai Ahad lepas di sini.

Jamil Khir berkata kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi mengenai isu itu.

Malah semasa lawatan perdana menteri ke Arab Saudi pada bulan lepas untuk memberi penghormatan terakhir ke atas Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al Saud yang mangkat pada bulan lepas, Najib turut memohon kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan kepada kuota Haji Malaysia, katanya.

Jamil Khir berkata setakat hari ini jumlah yang mendaftar dengan Tabung Haji ialah seramai 984,204 orang dan 12,000 ialah mereka yang berusia 75 tahun ke atas.

Justeru itu, Tabung Haji juga perlu mengambil kira kehadiran golongan ini dengan menyediakan pegawai perubatan yang secukupnya, katanya.

Beliau berkata Tabung Haji juga masih memberi subsidi kos Haji, kerana kos sebenar mengerjakan haji tahun ini ialah RM15,155 seorang, tetapi jemaah haji Malaysia hanya membayar RM9,980 seorang.

Jamil Khir berkata Tabung Haji akan mewujudkan Talian Ibadah dan memperkenal e-Book Tabung Haji sebagai penambahbaikan perkhidmatannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan