KPT Tidak Audit Laporan Kewangan Semua Universiti - Khaled Nordin

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak melakukan proses audit laporan kewangan semua universiti di negara ini kerana ia di luar bidang kuasa kementerian itu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata KPT hanya melakukan audit terhadap perkara berkaitan akademik seperti tawaran program dan kelayakan tenaga pengajar mengikut Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) yang dilakukan dua tahun sekali sejak 2007.

"Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), biasanya ia diaudit syarikat yang menubuhkan universiti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Optometri bergerak Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Puncak Alam di sini, Selasa.

Mohamed Khaled diminta mengulas mengenai laporan kewangan universiti milik kerajaan Selangor, Universiti Selangor (Unisel) yang didakwa tidak diaudit serta menanggung kerugian.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPT juga tidak mempunyai kuasa menghalang ahli politik daripada menyandang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah sesebuah universiti.

Bagaimanapun, katanya jika ahli politik terbabit cuba mempengaruhi dan membawa sentimen yang tidak baik, biasanya penuntut universiti itu sendiri yang akan membuat aduan kepada kementerian.

"Kita di kementerian akan memastikan tenaga pengajar adalah bertauliah dan daripada golongan profesional bagi menjamin mereka dapat menjalankan tugas dengan sepatutnya dan biasanya indikator kita adalah berdasarkan maklum balas penuntut," katanya.

Ahad lepas, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel.

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan