Kelantan Perlukan RM2 Bilion Untuk Tukar Paip Air Lama

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan negeri Kelantan memerlukan kira-kira RM2 bilion untuk menukar kesemua paip air lama di seluruh negeri yang menyebabkan masalah tekanan air rendah dan tidak bersih.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata paip air tersebut ada yang dipasang pada 1950an dan 1970an, dan ia tidak lagi sesuai digunakan sekarang kerana menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.

Pinjaman mudah tanpa faedah sebanyak RM600 juta yang diberikan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ini bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih adalah tidak mencukupi, katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal daripada Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Semerak), Ahmad berkata pemilihan kontraktor bagi pembinaan loji rawatan air dan paip air di negeri ini ditentukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana ia melibatkan peruntukan yang disediakan melalui pinjaman mudah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan pusat banyak membantu dalam menyediakan kemudahan prasarana kepada Sekolah Arab Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri ini.

Beliau berkata antara kemudahan tersebut termasuk membina bangunan baru, membina makmal dan memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan kerjaya.

"Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan diharap bantuan berkenaan dapat diteruskan pada masa depan," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Adhan.

Persidangan dewan selama dua hari itu kemudiannya ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan