Tiada Ejen Dilantik Untuk Percepat Permohonan Kewarganegaraan

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Kerajaan tidak pernah melantik ejen yang mengenakan bayaran kepada pemohon untuk mempercepatkan permohonan kewarganegaraan mereka, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, Kerajaan tidak pernah memberikan sebarang jalan pintas untuk mendapatkan kewarganegaraan walaupun proses permohonan telah dipermudahkan.

Beliau juga berkata, “ejen” mendakwa mereka adalah pegawai khas dari Kementerian Dalam Negeri tetapi mereka menyamar.

“Mereka memperdaya mangsa yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kerakyatan mereka,” katanya.

Lee, yang juga Ahli Parlimen Kampar berkata, pembantu beliau menerima aduan daripada seorang pemohon warganegara yang telah ditipu sebanyak RM30,000 oleh tiga individu yang menyamar pada awal bulan lepas.

“Wanita itu membuat laporan polis selepas mendengar nasihat pembantu saya,” katanya sambil menambah bahawa polis berjaya menangkap dua wanita dan seorang lelaki yang terlibat dalam penipuan itu.

Beliau berkata, pemohon perlu berhati-hati terhadap mereka yang mahu menipu dan tidak terjebak dengan penipuan mereka.

“Pemohon tidak perlu bimbang selagi mereka mengikut prosedur yang standar walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan