Taufan AS: Tiada Kemalangan Jiwa Babitkan Rakyat Malaysia - Berita Semasa | mStar

Taufan AS: Tiada Kemalangan Jiwa Babitkan Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia dilapor dalam kejadian taufan yang melanda bahagian timur Amerika Syarikat setakat ini.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi berkata Kedutaan Malaysia di Washington sedang memantau situasi itu dan laporan awal menyatakan tiada kemalangan melibatkan rakyat Malaysia dalam bencana itu.

"Sehingga pukul 7 petang (waktu tempatan) ini tiada laporan dari Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat berhubung kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Beliau berkata Wisma Putra sentiasa memantau keadaan dan akan melaporkan segera perkembangan terkini bencana itu.

Sehingga pukul 4 petang ini, agensi berita Reuters melaporkan sekurang-kurang 12 orang terkorban dalam kejadian angin kencang yang melanda timur Amerika Syarikat di wilayah Atlantik itu, majoritinya akibat dihempap pokok tumbang.

Taufan ganas itu turut menumbangkan pokok-pokok dan merosakkan kabel elektrik menyebabkan lebih tiga juta penduduk di wilayah terbabit terputus bekalan elektrik.

Keadaan yang berlarutan sejak semalam itu memaksa kerajaan Amerika mengisytihar darurat di empat kawasan membabitkan Washington D.C., Ohio, Virginia dan Virginia Barat.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan