Sultan Selangor Bimbang Ajaran Sesat Aktif Di Negara Ini

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melahirkan kebimbangan dengan ajaran sesat yang sedang bergerak aktif di negara ini, mahu fatwa yang telah diwartakan berkaitan perkara itu dikuatkuasakan secara berkesan dengan mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada.

Baginda juga mahu umat Islam meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penghayatan ajaran Islam sebagai benteng kukuh supaya tidak tergelincir ke dalam kancah ajaran dan penyelewengan daripada ajaran Islam sebenar.

Baginda bertitah amalan-amalan ajaran sesat yang sedang aktif di negara ini ialah seperti mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w, mendakwa guru mereka sebagai nabi dan menghalalkan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

"Ini amat membimbangkan Beta kerana ajaran tersebut telah bergerak secara halus melalui pertubuhan tertentu. Sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini, Beta tidak mahu ajaran-ajaran sesat ini meresapi minda generasi muda di sekolah, institusi pengajjian tinggi dan seterusnya di dalam masyarakat.

"Justeru itu, Beta berharap fatwa-fatwa yang telah diwartakan dapat dikuatkuasakan secara berkesan dengan mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada," titah baginda sempena Forum Perdana Ehwal Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam Isnin.

Sultan Selangor juga mahu masalah seperti Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT), isu murtad, pluralisme agama, penghinaan dan kritikan terhadap agama Islam dan lain-lain yang boleh membawa kepada kehancuran ditangani dengan segera dan berhemah.

Baginda bertitah mengikut kajian yang dijalankan terdapat semakin ramai umat Islam terlibat dalam kegiatan LGBT dan ianya telah mendapat sokongan daripada beberapa pihak badan bukan kerajaan (NGO) dengan menggunakan internet, laman sosial facebook sebagai media massa untuk berhubung dan berinteraksi.

"Beta tidak mahu melihat umat Islam berpecah dan menjadi lemah. Di sini, Beta menyeru kepada umat Islam khususnya orang Melayu supaya bersatu dan tidak berpecah-belah demi memartabatkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan terus dipandang mulia dan dihormati," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah agar semua umat Islam mengukuhkan perpaduan khususnya antara umat Islam dan masyarakat-masyarakat lain agar terus hidup dalam keadaan aman dan damai.

Semua umat Islam perlu terus bersatu dengan semangat persaudaraan yang kukuh dan teguh agar kemajuan dan keamanan yang dikecapi akan terus dinikmati, titah baginda.

"Peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara-negara bergolak di dunia akhir-akhir ini memperlihatkan kepada kita bahawa perpecahan tidak akan membawa kepada sebarang kebaikan sebaliknya ia akan mencetuskan huru-hara dan seterusnya kemusnahan kepada bangsa dan negara yang berkenaan," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan