Suaram Diminta Jelas Kedudukan - JMM - Berita Semasa | mStar

Suaram Diminta Jelas Kedudukan - JMM

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebaliknya sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.

"Menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.

"Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Katanya Suaram, yang didakwa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, turut tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai NGO.

Oleh itu, beliau meminta Suaram memperjelaskan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu.

Katanya berdasarkan semakan dengan SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan