SPAD Buka Permohonan LPS Dari 16 Julai Hingga 10 Ogos

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan membuka permohonan Lesen Perubahan Semasa (LPS) mulai 16 Julai hingga 10 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Kamal berkata syarikat bas ekspres yang ingin menggunakan bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas berhenti-henti dan bas pesiaran sebagai perkhidmatan bas ekspres bagi musim perayaan Aidilfitri tahun ini boleh mengemukakan permohonan.

"Prihatin dengan permintaan tinggi oleh orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres pada musim perayaan, SPAD mengambil inisiatif untuk membuka lebih awal tarikh permohonan LPS pada tahun ini.

"Ini akan membantu pengusaha merancang dengan efektif perkhidmatan bas ekspres mereka, sekali gus memastikan perkhidmatan tidak terjejas semasa musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga berkata SPAD dijangka menerima sebanyak 2,000 permohonan LPS tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, antara syarat yang perlu dipatuhi ialah usia bas tidak harus melebihi 15 tahun dan mempunyai cukai jalan serta perlindungan insurans sah.

Mohd Nur berkata SPAD juga membenarkan bas ekspres tambahan beroperasi berdasarkan laluan terbuka seperti yang dibenarkan kepada syarikat bas ekspres berkenaan.

"Bas ekspres sementara ini juga mestilah beroperasi di terminal dan kawasan yang dibenarkan sahaja.

"Mereka juga mesti menjual tiket-tiket tambahan di kaunter masing-masing bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan 'ulat tiket' atau sindiket yang tidak bertanggungjawab pada musim perayaan," katanya.

Beliau berkata pengusaha juga dibenar mengenakan kadar caj tambahan sebanyak 10 peratus bagi setiap tiket, hanya untuk bas tambahan yang digunakan.

Dalam pada itu, Mohd Nur berkata Bahagian Penguatkuasaan SPAD akan menggandakan operasi pada musim perayaan bagi memastikan sebarang aktiviti tidak sihat dapat dikawal sepenuhnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan