SPA Perkenal Dua Dasar Baru Bagi Permohonan Ke Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.

Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan