PM Ketengahkan Ciri-Ciri Perlu Ada Dalam Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.

Beliau berkata sikap ini pula perlu disokong dengan satu lagi akronim - PCI - 'Productivity, Creativity an Inovation', supaya perkhidmatan awam tidak dilihat bagai sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, atau selesa dengan "business as usual".

Katanya, sektor perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancang untuk meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat.

"Dua akronim ini mencerminkan proses pembaharuan yang perlu kita lakukan, yang lebih inovatif, yang kita inginkan sebagai sebuah perkidmatan kerajaan yang sentiasa mencari idea-idea baru yang lebih bernas untuk rakyat," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini Isnin.

Dalam memberi contoh kejayaan PCI ini, Najib merujuk kepada kejayaan kerajaan mewujudkan 'Urban Transformation Centre' di Melaka baru-baru ini, yang menurutnya dapat dibangun dengan pantas sekali.

Beliau berkata, ia merupakan satu pembaharuan yang ketara apabila badan-badan kerajaan pusat dan juga negeri dapat dihimpun di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai berurusan.

Katanya, menerusi usaha itu, orang ramai boleh membuat pelbagai urusan, seperti membayar zakat, cukai, tukar MyKad, urusan pasport, bayar saman dan sebagainya di satu kawasan sahaja.

"Tempoh waktu pejabat ialah antara 8.30 pagi dan 10 malam tiap hari. Ini satu pembaharuan mungkin tidak ada negara lain di dunia yang ada perkhidmatan sebegini, yang mampu kita sediakan untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri yang memang dikenali ramai sebagai 'peminat bola' seterusnya memberi contoh kejayaan Sepanyol menjuarai Euro 2012 menumpaskan Itali 4-0 awal pagi ini, yang menurutnya dicapai apabila pasukan itu menampilkan pendekatan baharu dengan beraksi tanpa pemain penyerang, sebaliknya bergantung kepada enam pemain tengah untuk menjaringkan gol.

"Ia adalah satu bentuk formation yang 'unconventional', 'untested', tapi akhirnya berjaya menjadikan dia (Sepanyol) sebagai juara Eropah. Sebagai sebuah kerajaan juga kita sentiasa mencari idea-idea yang ada kelainan,' katanya.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri atas kejayaan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), apabila badan dunia itu memberikan anugerah 'United Nations Public Service Awards' (UNPSA) 2012, kepada usaha ICU dalam membasmi kemiskinan.

Beliau berkata, anugerah itu pengiktirafan ke atas inisiatif ICU membangunkan sistem e-Kasih, yang diberikan di bawah kategori 'Advancing Knowledge Management in Government'.

Menurutnya, anugerah itu merupakan satu kebanggaan kepada perkhidmatan awam dan kerajaan, walaupun semasa ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan apa jua kejayaan yang dicapai, semata-mata kerana tujuan politik.

"Kita mesti yakin dengan usaha kita, dengan niat yang baik kita boleh capai kejayaan dan dapat pengiktirafan di peringkat nasional, kita akan teruskan usaha bagi mencapai kejayaan demi kejayaan," katanya.

Perdana Menteri seterusnya memberi contoh penyenaraian Felda Global Ventures, yang peringkat awalnya berhadapan dengan pelbagai usaha pihak tertentu yang cuba menggagalkannya, namun apabila disenaraikan ia mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan.

Sistem e-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional dan ia boleh diakses serta diguna oleh semua agensi kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkaitan bagi tujuan perancangan, koordinasi dan memantau program membasmi kemiskinan di Malaysia, dan unit ICU mendapat anugerah berkenaan daripada PBB pada 25 Jun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan