Pesawat MAS Airbus A380 Mulakan Penerbangan Sulung

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Airbus A380, pesawat penumpang komersial terbesar di dunia milik Malaysia Airlines (MAS), memulakan penerbangan sulungnya pada Isnin dengan memilih London sebagai destinasi pertama.

Selepas Isnin, pesawat itu akan terbang ke London sebanyak tiga kali seminggu sebelum memulakan perkhidmatan harian ke destinasi tersebut pada Ogos.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyempurnakan acara melepaskan penerbangan sulung pesawat kebanggaan negara itu dalam satu majlis yang penuh gemilang dan meriah di sini malam Ahad.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Muhyiddin berkata, penerbangan itu membuktikan kerajaan memberi perhatian serius dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia dan pelancong.

"Ini adalah satu kejayaan bagi negara dan kita berharap untuk mencapai sasaran ketibaan 30 juta pelancong tahun depan," katanya.

Pesawat sepanjang 73 meter itu mampu menampung sehingga 494 penumpang dan menawarkan satu daripada susunan tempat duduk terbaik dalam industri penerbangan bagi kabin kelas pertamanya.

MAS merupakan syarikat penerbangan kelapan dalam kelab A380 selepas Singapore Airlines, Emirates, Air France, Lufthansa, Korea Air dan China Southern Airlines.

MAS juga bakal menjadi syarikat penerbangan kedua yang mengendalikan pesawat ini apabila menjadi anggota penuh Oneworld Alliance pada akhir 2012.

Syarikat penerbangan negara itu menempah enam pesawat A380, empat akan dihantar menjelang hujung tahun ini dan bakinya pada 2013.

Laluan Kuala Lumpur-Sydney akan menjadi destinasi kedua A380 menjelang akhir November.

Terdapat juga rancangan untuk menerbangkan A380 ke Narita, Tokyo dan/atau Beijing sebagai tambahan kepada perkhidmatan MAS. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan