Mohd Sidek Dilantik Pengerusi Petronas

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi Petronas berkuatkuasa Ahad.

Petronas dalam kenyataan berkata pelantikan Mohd Sidek dipersetujui oleh Lembaga Pengarah syarikat itu pada mesyuaratnya pada Rabu lepas.

Mohd Sidek, yang bersara minggu lepas selepas menerajui perkhidmatan awam sebagai KSN pada 3 September 2006, akan mengetuai, membimbing dan menyediakan pengawasan kepada Lembaga Petronas.

"Memandangkan pengalaman dan kepakaran luas, Lembaga Pengarah percaya Petronas akan mendapat khidmat terbaik dengan kedudukan dan kapasiti pengerusi seperti Tan Sri Mohd Sidek," menurut kenyataan itu.

"Pelantikan Tan Sri Mohd Sidek akan memulihkan sempadan jelas peranan antara pengerusi, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan oleh itu mencerminkan lagi komitmen Petronas mempertahankan standard global tadbir urus, tonggak utama Program Peningkatan Korporat," kata Petronas.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Mohd Sidek sebagai Pengerusi Petronas baru pada majlis makan malam penghargaan bekas KSN itu.

Sementara itu, naib presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Juniwati Rahman Hussin telah dilantik sebagai naib presiden dan pengarah usahaniaga Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) bagi menerajui semua cadangan pembangunan Petronas di Pengerang, Johor.

Tempatnya akan diganti oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengurusan Sumber manusia, Raiha Azni Abdul Rahman.

Kedua-dua pelantikan itu berkuatkuasa hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan