MB Selangor Dicabar Dedah Kedudukan Kewangan Unisel

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Ahad.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

"Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu," katanya.

Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah B Ndan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel.

Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

"Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan