MAS Rancang Guna Airbus A380 Ke Tokyo

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) merancang untuk menggunakan pesawat superjumbo Airbus A380 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo dan Beijing selepas penerbangan sulung pesawat A380 itu ke London.

Destinasi kedua syarikat penerbangan berkenaan bagi pesawat A380 adalah Sydney, Australia, menjelang akhir November, demikian menurut MAS dalam satu kenyataan pada Isnin.

Syarikat penerbangan itu menempah enam pesawat A380, empat daripadanya akan diserahkan pada akhir 2012 manakala baki pada 2013.

MAS mencatatkan satu lagi sejarah Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan berjadual pesawat Airbus A380 antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang London Heathrow.

Penerbangan itu berlepas ke London betul-betul 38 tahun selepas operasi penerbangan sulungnya antara kedua-dua bandar berkenaan pada 1 Julai, 1974.

Syarikat penerbangan nasional itu juga menjadi yang pertama dalam beberapa perkara dalam operasi A380, termasuk antara syarikat penerbangan yang mempunyai tempat duduk kelas pertama terlebar dalam kalangan pengendali pesawat ini.

"Ini merupakan satu kebanggaan bagi seluruh negara dan kami di Malaysia Airlines gembira untuk menjadi sebahagian daripada saat bersejarah ini, yang meletakkan Malaysia dalam liga pengendali A380.

"Kemajuan sedemikian merupakan sumbangan kami dalam usaha oleh semua untuk memacu Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020. Ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kapasiti bagi ketibaan pelancong yang lebih tinggi ke negara," Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Di peringkat korporat, pengenalan pesawat A380 ke dalam perkhidmatan kami akan menyaksikan kesinambungan kempen jenama yang baharu, bermula Mac 2012.

"Objektifnya adalah untuk meletakkan syarikat sebagai syarikat penerbangan premium pilihan, supaya pasaran memilih kami berbanding syarikat penerbangan lain apabila kami melancarkan produk kami yang diberi nafas baru secara beransur-ansur, yang bukan sahaja melibatkan dalam penerbangan tetapi juga aspek lain termasuk lounge lapangan terbang dan peringkat lain perjalanan penumpang dengan kami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan